Posts

Showing posts from June, 2014

Aku Keliru

Image
Hai semua, harini lyna happy sangat tapi sedih pun ada jugak.. Lyna sedih sebbb esok lyna dah kena balik asrama, Lyna happy pulak sebab EX lyna mintak getback.. tapi lyna keliru sama ada nak terima atau tak.. lyna dah tanya HATI tapi takde jawapan.. lyna takut lyna buat benda sama. lyna takut lyna tinggalkan dia lagi. Kenapa dia masih sayang lyna walaupun lyna banyak sakitkan hati dia...? dia tau lyna ni mcm mana tapi masih jugak mintak getback.  Esok birthday lyna. Esok jugak firstday puasa. Esok jugak lah Lyna balik asrama.. haishh Lyna harap malam ni lyna akan buat keputusan yang terbaik. Lyna pun tak tahu sama ada nak terima atau tak.. Minggu depan Lyna ada exam ES. Harap-harap dapat jawab dengan tenang.. aminn Doakan Lyna tau.  Sampai sini sahaja lah entry buat kali ni. Lain kali Lyna update lagi kayy.. bye ! #SenyumSelalu :)

Budak Hostel

Image
HAI... Lyna ada cakap dekat entry sebelum ni yang Lyna nak cerita pasal asrama kan ?? okey,, Malam ni Lyna nak update pasal kehidupan di asrama.  Siapa-siapa yang duduk asrama tu tau lah kan macam mana situasinya.. Macam-macam orang kita boleh jumpa dalam satu dorm atau dalam satu blok. Macam-macam geng ada. Ada yang geng study , ada geng yang "nerd",ada yang geng gangster.. tapi takde lah gengster mana pun,, haha ada banyak lg lah yang tak dapat dimention,, haha  Tahun 2014 ni tahun pertama Lyna merasa hidup sebagai seorang budak asrama (Budak Hostel).  Masa baru-baru nak berpisah dengan keluarga tu memang sedih sangat tapi apa boleh buat,, nak sangat kan masuk KV dan syaratnya kena stay asrama. Mula-mula memang Lyna asyik nangis jer tapi bila lama-kelamaan bila Lyna dah dapat sesuaikan diri dah okey laa.. Balik 2 minggu skali jer,, tapi Lyna kira untung, rumah tak jauh sangat dari Kolej,, so tiap-tiap minggu mama datang.  Walaupun sekejap dapat jumpa,, tak mcm dulu

admin kembali :)

Image
sedar tak sedar yang lyna dah lama tak update blog kan. Bukan apa, tahun lepas lyna nak fokus untuk PMR. Alhamdulillah, result yang lyna dapat tu memuaskan.. Masa awal tahun form 4, lyna dapat masuk kelas sains tulen tapi sekejap jer. lepas lyna dapat tahu yg tawaran lyna ke KV Perdagangan Johor Bahru diterima, lyna pun pindah lah... Lyna ambil bidang Kesetiausahaan Pentadbiran. Ramai yang tertanya-tanya kenapa lyna pindah KV,, lyna pindah sbb lyna nak pengalaman baru,, lagipun melalui KV lyna dah dapat bayangan masa depan lyna.. yang penting lyna kena belajar sungguh-sungguh untuk berjaya.. bukan lyna jer, awak2 yg student tu pun sama kayy...  lyna rasa buat masa ni sampai sini dulu lah cerita lyna.. nanti kita sambung lain hari kay,, esok lyna cerita pengalaman lyna masa baru-baru di asrama.. hehehe bye, selamat malam malaysia :)